Che Bethomek Bong Diary Pungguk Menanti Bulan: December 2011

Monday, December 26, 2011

Nasib Di Tangan Kami

LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menganggap pertemuan menentang tiga kelab - Wolverhampton Wanderers, Queens Park Rangers (QPR) dan Fulham selepas ini bakal menjadi medan terbaik buat The Gunners memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Perdana England.
Ketika ini, Arsenal yang bakal melayan kunjungan Wolverhampton di Emirates malam ini berada di tangga kelima carta liga dengan mengumpul 32 mata.
“Kami sedar kami mempunyai peluang untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga. Namun semua itu terletak di tangan kami sendiri.
“Aksi dengan kelab-kelab seperti Wolverhampton, QPR dan Fulham perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengumpul sebanyak mana mata yang boleh.
“Kami berjaya menebus kembali kehampaan kami di atas kekalahan kepada Manchester City dengan kemenangan ke atas Aston Villa minggu lalu.
“Jadi, kini semuanya terletak di tangan kami untuk memanfaatkan sebaiknya peluang yang kami ada dan ia bakal bermula dengan pertemuan menentang Wolverhampton esok (malam ini),” kata Wenger.
Dalam perkembangan lain, Wenger turut mengakui bahawa beliau berasa bimbang dengan kelemahan di bahagian pertahanan kiri The Gunners ketika ini.
Bagaimanapun, Wenger menjelaskan, beliau masih belum melakukan sebarang tindakan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Wenger telah kehilangan tonggak pertahanan kiri apabila Kieran Gibbs baru sahaja selesai menjalani pembedahan ekoran mengalami masalah kecederaan pangkal paha dan terpaksa diketepikan untuk tempoh sebulan.
Sebelum itu, Wenger telah kehilangan seorang lagi pertahanan kiri, Sandro yang turut mengalami kecederaan.
Ekoran masalah tersebut, Wenger mengakui, beliau berkemungkinan besar akan mendapatkan khidmat pemain secara pinjaman sebaik pintu perpindahan dibuka Januari tahun depan.
Tonggak pertahanan Manchester City, Wayne Bridge menjadi pilihan utama Wenger, namun hanya untuk tempoh jangka masa pendek sahaja.
“Ia hanya akan menjadi penyelesaian jangka masa pendek sahaja buat kami kerana sebelum ini kami sudah memiliki Santos dan Gibbs serta Thomas Vermaelen yang turut boleh beraksi di bahagian pertahanan kiri.
“Jadi, kami tidak memerlukan melihat kepada penyelesaian untuk tempoh jangka masa panjang.
“Untuk tempoh jangka masa panjang, saya lebih gemar menggunakan khidmat Santos dan Gibbs kerana mereka memiliki kualiti seperti mana yang saya mahukan,” jelas Wenger. – AFP

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Permulaan..

assalamualaikum ...

Allahuakbar .



ni ialah aku ...tapi ni zaman gmilang dlu2..loni pum gemilang ag ....

apa yang aku nk katakan ialah...... ??? aku xdok idea la nk tulis gpo dalam blog ni..sbenarnyo aku mintak ambik post2 ore aen yang punya ...

emm,stakat ni je la celoteh aku yg pertama ..nnt kalu ad masa aku kn tulis ag ape yang ptt ditulis dlam blog ni...
 wslam....



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright CBB